Tuesday, September 16, 2014

Kelas Pertama Aplikasi Komputer

Assalamualaikum ! 

Pukul 7.45 a.m mula cari kelas di FEP .. masuk je kelas tengok orang keluar dari bilik sem .. dalam hati tanya kenapakah ? rupanya kelas pindah ke makmal komputer dan dah dimaklumkan dalam iFolio .. itu la lain kali kena rajin buka iFolio tengok pensyarah update 

Dalam pukul 8 macam tu lecturer pon masuk dan memperkenalkan diri .. Nama lecturer Dr. NORAZILA BT. MAT dan Dr. bagi penerangan pasal subjek Aplikasi Komputer .. Dalam hati rasa berdebar jugak sebab memang tak pernah belajar subjek ni sebelum ni .. Tapi setelah tanya seniors ramai yang cakap subjek ni sebenarnya fun okay lega terus ! 

Dannnn kelas pertama tugas pertama kena hantar mind mapping di iFolio setiap kali ada kelas .. Mind Mapping bukan short notes ye .. okay ni la rupanya mind mapping pertama diriku 


Inilah percubaan pertama mind mapping diriku semoga lepas ini lebih cantik dan berseri seri lagi mind mappingku ..

MYSELF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !



  Okayyy untuk post yang pertama dalam blog ni saya akan bercerita mengenai diri sendiri .. 
Pertama sekali nama penuh yang diberi ialah NUR ARISHA BINTI MOHD SANURI dilahirkan pada 12 Disember 1995 di HUKL pada jam 4.04 p.m dan hari lahir saya sama dgn ibu saya ..

  Ibu dan Ayah dua dua asal Selangor dan memang dari kecil menetap di Selangor ..
 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Plong seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh hingga tamat tingkatan 5 

 Alhamdulillah selepas habis SPM mendapat tawaran ke untuk proram matrikulasi walaupun dapat semasa ambilan kedua iaitu ke Kolej Matrikulasi Pahang .. Setelah fikir masak-masak dan meminta pendapat ayah dan ibu saya membuat keputusan untuk menukar jurusan dari jurusan sains ke jurusan perakaunan .. Pengalaman di matrikulasi sangat lah tidak boleh dilupakan .. walaupun hanya setahun tapi pengalaman duduk asrama berjauhan dengan keluarga merupakan pengalaman yang baru bagi saya .. 

                   UKM @ USM ?

Inilah tawaran yang dapat lps habis program matrikulasi dan akhirnya saya memilih UKM iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini tempat saya menimba ilmu insyaAllah untuk 3 tahun untuk ijazah sarjana muda ini :)